Home

Tweet

We have 16 guests online



mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday16
mod_vvisit_counterYesterday0
mod_vvisit_counterThis week16
mod_vvisit_counterLast week0
mod_vvisit_counterThis month16
mod_vvisit_counterLast month0
mod_vvisit_counterAll days6983327

We have: 16 guests online
Your IP: 54.225.26.154
 , 
Today: Sep 23, 2017
 
Banner

facebook

Sepanjang 2011 PDF E-mail
Aktiviti Tadika Orange - Program Tahunan
Written by Admin   

 

Authored by : Cik Nadzirah Noran 

 
Parent's Open House 2011 PDF E-mail
Berita Pelajar dan Keluarga - Keluarga
Written by Ana Nasir   

Sebelum Syawal bakal berakhir, pihak Tadika Orange ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua jemputan rumah terbuka. Kepada jemputan yang tidak dapat dipenuhi diatas kekangan masa, maaf jua dipinta dan jangan lupa untuk menjemput lagi ke rumah terbuka anda pada tahun hadapan. Salam Aidil Fitri.

 

 
Majlis Berbuka Puasa ( 19 Ogos 2011 ) PDF E-mail
Aktiviti Pusat Jagaan Markisa - Program
Written by Ana Nasir   

Pada hari Jumaat yang lalu, Markisa telah mengadakan satu majlis berbuka puasa sempena kedatangan bulan Ramadhan. Majlis ini terbuka kepada semua pelajar Markisa. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar juga tidak ketinggalan membawa pelbagai juadah untuk dikongsi bersama. Kepada ibu-bapa, para pelajar, guru-guru serta semua yang terlibat, terima kasih diatas kerjasama anda.

   

 

 
Ihya' Ramadhan - Kami Generasi Cintakan Masjid ( 16 Ogos 2011 ) PDF E-mail
Aktiviti Tadika Orange - Program Tahunan
Written by Ana Nasir   

Sempena dengan kedatangan Ramadhan, PERTIM & Masjid Negeri menganjurkan satu program - Kami Generasi Cintakan Masjid. Mendedahkan dunia masjid sejak dari kanak-kanak. Program ini diadakan di Masjid Negeri Shah Alam.

   

 
Jamuan Hari Raya ( 23 September 2011 ) PDF E-mail
Aktiviti Tadika Orange - Program Tahunan
Written by Ana Nasir   

Satu Majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan di Tadika Orange untuk para pelajar sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri sebelum Syawal berakhir. Selepas ini soalan 'Cikgu, bila nak hari raya?' yang diajukan 10 kali sehari kepada guru - guru Tadika Orange sepertinya tidak akan kedengaran lagi dan kelihatannya mereka sangat gembira menyambut raya bersama guru - guru dan rakan - rakan seperjuangan. Lihat kegembiraan mereka di sini.

 
Mana Mak? PDF E-mail
Umum - Masyarakat
Written by Hanaffi   


 

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
...
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Read more...
 
Adik PDF E-mail
Panduan Keibubapaan dan didikan - Umur 4,5,6
Written by Kalamruncing   

Adik tengok jam di dinding. Jarum pendek tunjuk nombor lima. Kawan-kawannya mula berlumba-lumba keluar ke laman.  

 

Adik duduk sorang-sorang atas bangku panjang, jadi penonton. Yang lain melompat-lompat, memanjat, dan kejar-mengejar.  Syifa dan Aulia seperti tak puas-puas di atas jongkang-jongkit. Naik-turun, naik-turun. Uais, Daniel dan Irsa menyiram pokok bunga Cikgu Diah. Entah kenapa sebaris pokok bunga tahi ayam itu sudah mula kering walaupun sudah disiram setiap hari. Kelihatan Cikgu Diah mengusap-usap pokoknya yang tiada harapan; tiba-tiba tersenyum melihat anak-anak pokok yang dah tumbuh di perdu. Nampaknya yang hilang akan berpengganti.

 

Sepuluh atau dua puluh lagi kawan-kawannya berkejar-kejar di laman. Adik malas nak beri tumpuan. Kegirangan mereka hanya menambah keletihannya.

 

Sekali-sekala Cikgu Noor bingkas bangun mengambil beg sekolah sambil menghantar anak-anak kepada  ibu mereka. Cikgu yang satu ini kelihatan sentiasa ada semangat dan tumpuan. Mungkin telah dimatangkan ranjau ujian. Kadang-kadang fikir dan tenungnya jauh, melampaui pagar hijau laman sekolah.

 

“Tengok apa?” tiba-tiba Cikgu Ana menyapa. Adik cuma mampu tersenyum lirik sedikit. Dia tahu Cikgu Ana tidak menagih jawapan, cuma mengejutkan dia dari lamunan. 

 

 ......bersambung besok....

 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 2 of 22