Tweet

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday15
mod_vvisit_counterYesterday0
mod_vvisit_counterThis week15
mod_vvisit_counterLast week0
mod_vvisit_counterThis month15
mod_vvisit_counterLast month0
mod_vvisit_counterAll days6983326

We have: 15 guests online
Your IP: 54.225.26.154
 , 
Today: Sep 23, 2017
 

facebook

Adik PDF
Panduan Keibubapaan dan didikan - Umur 4,5,6
Written by Kalamruncing   
Friday, 19 August 2011 16:16

Adik tengok jam di dinding. Jarum pendek tunjuk nombor lima. Kawan-kawannya mula berlumba-lumba keluar ke laman.  

 

Adik duduk sorang-sorang atas bangku panjang, jadi penonton. Yang lain melompat-lompat, memanjat, dan kejar-mengejar.  Syifa dan Aulia seperti tak puas-puas di atas jongkang-jongkit. Naik-turun, naik-turun. Uais, Daniel dan Irsa menyiram pokok bunga Cikgu Diah. Entah kenapa sebaris pokok bunga tahi ayam itu sudah mula kering walaupun sudah disiram setiap hari. Kelihatan Cikgu Diah mengusap-usap pokoknya yang tiada harapan; tiba-tiba tersenyum melihat anak-anak pokok yang dah tumbuh di perdu. Nampaknya yang hilang akan berpengganti.

 

Sepuluh atau dua puluh lagi kawan-kawannya berkejar-kejar di laman. Adik malas nak beri tumpuan. Kegirangan mereka hanya menambah keletihannya.

 

Sekali-sekala Cikgu Noor bingkas bangun mengambil beg sekolah sambil menghantar anak-anak kepada  ibu mereka. Cikgu yang satu ini kelihatan sentiasa ada semangat dan tumpuan. Mungkin telah dimatangkan ranjau ujian. Kadang-kadang fikir dan tenungnya jauh, melampaui pagar hijau laman sekolah.

 

“Tengok apa?” tiba-tiba Cikgu Ana menyapa. Adik cuma mampu tersenyum lirik sedikit. Dia tahu Cikgu Ana tidak menagih jawapan, cuma mengejutkan dia dari lamunan. 

 

 ......bersambung besok....

Comments
Search RSS
mamanjeruk   |202.171.42.xxx |2011-09-15 16:50:38
mana sambunganyer
nur iman wadihah  - citer   |175.141.23.xxx |2011-09-13 22:05:55
tak sabarnya nk tunggu sambungan...
Ana Nasir   |175.136.53.xxx |2011-08-22 01:07:03
im waiting
Only registered users can write comments!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Friday, 19 August 2011 16:28 )