Home Umum Menjadi Ibu Bapa Yang Sempurna

Tweet

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday32
mod_vvisit_counterYesterday0
mod_vvisit_counterThis week32
mod_vvisit_counterLast week0
mod_vvisit_counterThis month32
mod_vvisit_counterLast month0
mod_vvisit_counterAll days6983343

We have: 32 guests online
Your IP: 54.160.245.121
 , 
Today: Dec 12, 2017
 

facebook

Menjadi Ibu Bapa Yang Sempurna
Panduan Keibubapaan dan didikan - Umum
Written by Ana Nasir   
Wednesday, 21 January 2009 23:56

Ibu bapa adalah faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak-anak. Beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh dijadikan panduan dalam menjadikan anak-anak antara yang terbaik berbanding rakan sebayanya yang lain!

1. Mulakan hidup anak-anak dengan panggilan yang baik – apabila anak-anak diberi nama dan panggilan yang baik,secara tidak langsung ia turut mempengaruhi dan memberi kesan yang baik dalam perwatakan dan kelakuan anak-anak. Nama yang baik juga turut dituntut dalam Islam.

2. Berikan anak-anak pelukan setiap hari – terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa menjadi penyokong mereka.

3. Pandanglah anak-anak dengan penuh kasih sayang – pandangan ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih yakin kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran. Marah itu memang perlu supaya anak-anak tahu mana yang salah dan mana yang betul,namun kawallah marah,janganlah pula sehingga anak-anak menjauhkan diri dan berasa takut.

4. Berikan penghargaan di atas setiap kebaikan – tidak semestinya hanya dengan pemberian hadiah,malah senyuman,pujian dan pelukan sudah cukup untuk membuat diri anak-anak terasa dihargai. Sekurang-kurangnya dengan penghargaan ini dapat dijadikan sebagai satu motivasi bagi anak-anak untuk melakukan lagi dan melakukan yang terbaik.

5. Jangan mengharap lebih daripada apa yang anak-anak mampu lakukan – sedarlah bahawa anak-anak masih dalam proses perkembangan dan janganlah mengharapkan anak-anak akan berbuat sesuatu kebaikan secara berterusan kerana melakukan kesilapan merupakan proses untuk anak-anak belajar.

6. Antara masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga - utamakan keluarga kerana apabila adanya masalah,selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Seseorang hanya akan tenang apabila tiada masalah keluarga. Anak-anak tetap diutamakan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu tanpa kembali lagi.Ibu bapa tidak seharusnya bersikap mementingkan diri bagi menjaga keperibadian yang baik untuk dijadikan role model bagi anak-anak

7. Jangan mengeluh dalam mendidik dan membesarkan anak-anak – ini bagi mengelakkan anak-anak merasa diri mereka sebagai beban terhadap ibu bapa. Ini juga supaya anak-anak tidak berasa jauh dan sunyi dari ibu bapa.

8. Dengar cerita anak-anak – tidak dinafikan anak-anak memang suka bercerita. Dengarlah cerita mereka kerana sedarlah bahawa ibu bapa tidak akan dapat mendengar cerita itu lagi pada masa akan datang. Melayan anak-anak bercakap dan bercerita merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan.Ianya juga hiburan yang takkan dapat dibeli.

9. Tenangkan anak-anak setiap kali mereka memerlukannya - ada masanya anak-anak akan berasa sedih di atas banyak perkara.Bergaduh dengan kawan sekelas,tercederakan anak jiran.Pada masa inilah ibu bapa membantu menyelesaikan masalah anak-anak supaya mereka tidak merasa keseorangan. Ibu bapa perlu membantu kerana walaupun masalahnya kecil,namun bagi anak-anak masalahnya sangat besar.

10. Tunjukkan kepada anak-anak cara untuk menenangkan diri – setiap masalah ada jalan penyelesainya. Ibu bapa seharusnya bersikap tenang apabila berhadapan dengan sebarang masalah untuk menjadi ikutan kepada anak-anak dan tidak bersikap tidak tentu arah.

11. Buat persediaan menyambut hari jadinya – tidak semestinya dengan menyambut secaran besar-besaran,sudah memadai dengan menyediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuat anak-anak belajar menghargai. Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan mampu untuk belajar menghargai orang lain.

12. Mengajar anak-anak lebih dari sekali – ada sesetengah anak-anak yang perlu diajar secara berkali-kali barulah mereka dapat memahami sesuatu dengan baik. Jadi,jangan marah terhadap mereka apabila bertanyakan tentang sesuatu hal yang sama berulang kali. Ini bagi mengelakkan proses pembelajaran anak-anak terbantut.

13. Luangkan masa bersama anak-anak – ini bukan sahaja terhad di dalam rumah,malah turut meluangkan masa di luar.Sama ada bersiar-siar ataupun berkelah di hujung minggu. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan bersama. Anak-anak akan merasa kepentingan diri mereka dalam hidup ibu bapa. Memimpin tangan anak-anak tidak terbatas semasa di luar rumah sahaja,malah apabila anak-anak bangun tidur,ke meja makan, malah ke dapur untuk membancuh susu mereka.

14. Dengar mimpi ngeri anak-anak – mimpi ngeri akan menjadi begitu realistik dalam dunia mereka walaupun itu hanyalah sekadar mimpi. Tidak ada salahnya mendengar cerita mimpi ngeri anak-anak kerana ianya diceritakan secara langsung,tiada skrip,tiada pengarah dan tiada siaran ulang tayang.

15. Hargai permainan kesayangan anak-anak – apabila permainan kesayangan mereka dihargai,dalam masa yang sama juga anak-anak akan menghargai barang-barang kesayangan ibu bapa. Walaupun sudah rosak,elakkan daripada membuang permainan kesayangan anak-anak. Mintalah kebenaran daripada mereka terlebih dahulu.

16. Berikan ciuman selamat malam – jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan anak-anak dengan salam sebelum masuk tidur. Selimutkan,dan cium dahinya apabila mereka sudah lena.

17. Terimalah hakikat kadangkala ibu bapa tidak sempurna – bagi mengelakkan stress,jangan terlalu berfikir untuk menjadi ibu bapa yang sempurna dari semua aspek. Apabila terdengar anak-anak berkata ‘papa ni garanglah’. Itu teguran sebenarnya. Jadi,tidak salah untuk berubah demi kepentingan anak-anak dan bagi mngelakkan anak-anak berasa rendah diri kerana merasakan ibu bapa terlalu sempurna.

18. Janagan membawa bebanan kerja ke rumah - apabila ini berlaku,anak-anak akan menganggap bahawa kerja lebih penting daripada keluarga. Utamakanlah keluarga ketika berada di rumah. Ibu bapa juga boleh membantu untuk menyiapkan kerja sekolah anak-anak ataupun memberi latihan di rumah.

19. Anak-anak menangis – menangis merupakan cara anak-anak untuk melegakan keresahan mereka dan kadangkala untuk mendapatkan perhatian. Walauapapun sebabnya,dengarilah tangisan mereka supaya mereka tidak menjauhkan diri dari ibu bapa di kemudian hari. 20. Anak-anak juga mempunyai perasaan – seperti ibu bapa,anak-anak juga mempunyai perasaan.Hargailah perasaan anak-anak supaya anak-anak juga menghargai perasaan ibu bapa.

- Berdoalah agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan dan sebagai penenang hati di dunia & di akhirat kelak -

***********************************************************************************

Cik Nur Adhana Mohd Nasir adalah penulis jemputan untuk ruangan ini. Sila tinggalkan pesanan atau komen pada artikel ini untuk memberi pandangan atau meminta padangan lanjut beliau.

Comments
Search RSS
Marilyn R. Behne   |27.126.152.xxx |2013-12-10 04:11:42
Artikel ini pindah saya dalam arti bahwa saya masih mencari di web topik
yang
sama seperti ini- dissertation writing ! Anda terpaku setiap detail dan saya
tidak bisa menunggu untuk Anda untuk
menulis lebih banyak mengenai hal yang
letters from Santa  - Menjadi Ibu Bapa Yang Sempurna     |173.0.51.xxx |2013-12-06 16:22:13
I'm not sure exactly why but this blog is loading very slow for me. Is anyone
else having this problem or is it a problem on my end? I'll check back later on
and see if the problem still exists.
How can I recalculate  - Menjadi Ibu Bapa Yang Sempurna     |94.195.186.xxx |2013-11-09 09:12:12
I'm looking for a means to loose weight but without using Weight Watchers. What
can I do?
dietary supplements for weight  - Menjadi Ibu Bapa Yang Sempurna     |5.45.181.xxx |2013-10-03 10:37:04
Husband just bought us a treadmill and I do not do any kind of workout at the
second. Any ideas for rapid fat loss on treadmill also.
Regaine perth  - Menjadi Ibu Bapa Yang Sempurna     |192.3.21.xxx |2013-09-23 02:00:38
Right so i got quite long hair and i wanna grow it a lot longer coz I like very
long hair, but because i used loads of chemicals and hair (straighteners etc) it
damaged my hair and now i got a little tiny bald patch at the front of my head.
What can I do?
swedish mat  - Menjadi Ibu Bapa Yang Sempurna     |192.3.21.xxx |2013-09-21 15:34:19
Okay, so on the game Alice in Wonderland for the Nintendo DS, there is a part
where I think I should activate Absolem's gravity powers to get over the red
spikes. Well, with the bunny a little red exclamation mark appears. But there is
nothing with Absolem. Can anyone help me figure it out?
Danita Riefer  - Menjadi Ibu Bapa Yang Sempurna     |192.157.239.xxx |2013-09-21 08:29:12
I havent gain weight and it seems like my stretch marks keep coming out. and I
tryed from bio oil to vitamian E and it seeems like it hasnt made any diffrance.
does maynese work.
*** power leveling  - ffff     |113.205.180.xxx |2011-06-20 23:15:09
I link rift power leveling and cheap *** gold *** power leveling maple story mesos and maple story mesos
iqa   |60.52.222.xxx |2009-10-05 19:34:09
saya mempunyai soerang anak lelaki yang berusia setahun 3 bulan..kini anak saya
amat aktif dan kuat meragam..tetapi suami saya sering memarahi anak saya bila
anak saya meragam atau menangis di tengah malam.kadang kala suami mencubit anak
saya jika anak saya sedang menangis.saya berasa kecil hati dengan tindakan
suami.bagaimana harus saya menegur tindakan suami saya itu?
Kanciti   |203.82.79.xxx |2009-10-05 20:28:14
Gambaran yang iqa berikan adalah suami seorang yang panas baran. Ketika
moodnya OK dia akan menjadi insan paling baik bagi keluarga. Jika barannya
menguasai, pertimbangannya hilang sehingga mampu menyakiti anak yang baru boleh
berjalan.
Kanciti   |203.82.79.xxx |2009-10-05 20:31:22
Teguran sewaktu barannya memuncak seperti mencurah air ke daun keladi.
Dia mungkin lebih terbuka menerima teguran yang lemah-lembut selepas selesai
solat, semasa masih di atas tikar sembahyang. Elakkan menjawab apabila ia mula
bersikap 'defensif'.
mamanjeruk74   |219.92.81.xxx |2009-03-24 06:12:06
Ana Nasir   |124.82.14.xxx |2009-03-24 03:35:02
Ya. Betul. Tetapi,yang mengawal emosi,diri kita sendiri.
mamanjeruk74   |202.171.42.xxx |2009-03-24 00:34:00
terima kasih artikel diatas saya mengakui pada waktu tertentu saya juga ada
masanya diluar sedar memarahi anak-anak pada waktu sepatutnya saya masih boleh
berlembut.Tetapi disebabkan faktor sekeliling ada masanya kita tertekan.
Yati   |124.13.250.xxx |2009-03-23 18:14:52
Terima kasih semua..kerana memberi saya nasihat yang berguna ini..saya akan cuba
membuat sedemikian..kerana saya menyayangi anak anak lebih dari nyawa
saya...merekalah segala galanya bagi saya...saya hendak menjadi seorang ibu yang
baik dalam segalanya sepanjang membesarkan mereka...
Ana Nasir   |124.82.8.xxx |2009-03-22 05:20:10
Buat seketika,renung ke dalam mata anak puan. Mereka tidak bersalah atas stress
yang puan alami. Memeluk anak selepas pulang dari kerja yang meletihkan,mampu
meredakan rasa stress dan keletihan.Biarkan anak-anak melepaskan rasa rindu pada
ibunya setelah seharian ditinggalkan.
Yati   |118.100.186.xxx |2009-03-16 19:11:16
Cikgu, saya ibu kepada dua orang anak, yang sulong (lelaki) baru 3 tahun dan
yang ke dua (perempuan) 10 bulan. Kerana selalu stress kerja kerana letih saya
selalu memarahi anak sulong saya dengan nada kasar dan menengkingnya jika dia
nakal tetapi jauh dalam sudut hati saya saya amat kecewa terhadap diri saya
memarahi anak begitu rupa. Kenapa saya begini cikgu, saya ingin menjadi seorang
ibu yang baik.
Papa  - Tips dari pengalaman   |124.13.219.xxx |2009-03-22 03:46:25
Puan Yati, dilema Puan juga saya alami. Akhir-akhir ini saya mula mengamalkan
memeluk anak-anak setiap hari sebelum pergi kerja dan setiap kali pulang.
Apabila pulang kerja saya memeluk mereka dengan erat. Ini menyebabkan tension
ditempat kerja reda dan saya terus sayu melihat anak-anak. Selamat mencuba
ummusalsabila   |124.13.219.xxx |2009-03-22 04:29:18
Puan Yati ,saya ada cadangan. Semasa dalam perjalanan pulang puan seharusnya
fokuskan pemikiran pada anak2 puan yang ditinggalkan selama hampir 11 jam
bersama orang luar dan akan bersama anda hanya 2 atau 3 jam saja sebelum
mereka masuk tidur.Puan hanya ada waktu sependek itu sahaja untuk bermesra dan
meluahkan kasih sayang. Jika waktu itu pun puan sia-siakan dengan menengkingnya
dan dia pula merajuk dan menganggap puan tidak menyayanginya. Bayangkan diri
puan adalah anak puan. Alamak bersyarah pula...
Papa   |124.13.219.xxx |2009-03-22 04:32:51
Setuju, setuju. Puan nak anak-anak kenal puan sebagai ibu yang macam
mana? Ibu garang? Ibu sayang? Ibu marah? Ibu girang?
Kak Su   |203.82.79.xxx |2009-01-26 03:15:50
Byk jgk tips yang akak tak pernah dengar dalam artikel tu. So , ok sangat Ana
share.Tq very much.c
Ana  - Salam...   |118.100.23.xxx |2009-01-23 18:27:16
Robert D Ramsey bukan seorang doktor. Sepangjang hayatnya,beliau bertugas
sebagai pendidik.Mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pendidikan seperti
guru,kaunselor,pembantu pengetua,pengarah kokurikulum,pembantu penguasa dan
banyak lagi.Dan sekarang beliau bekerja sendiri sepenuh masa tanpa terikat
dengan mana-mana syarikat sebagai seorang penulis.
dk  - ada satu masalah kecil   |218.208.4.xxx |2009-10-07 19:07:44
salam...
saya ada seorang kwn,kwn sy tu ada 2 adik dia yg sulung.sejak kecil,kwn
sy diasuh oleh neneknya dikampung.ibu dan bapanya hanya mjenguk sbulan sekali
atau melalui telefon shj.shggala dia dipanggil masuk ke UITM mereka mesra
sdkit.tp ibu bapa kwn sy ni suka bcakap buruk ttg kwn sy dblakangnya,cthnya
ktika blk kg atau bjumpa saudara jauh.kwn sy ni xmesra atau xmerasa kasih n
sayang dari kluarganya sendiri.br2 ni sy tolong dia untuk mjadi guarantor kereta
dsebabkan ibu kwn sy xmahu mjadi guarantor.ktika mrk berbincang sy ada bersama
kwn sy n mdengar semua dari mulut ibunya.bukan sy nak mybuk tp bukankah sbgai
ibu bapa ptt tolong anak ketika mereka ssh.
Abu Syifa'   |203.82.79.xxx |2009-10-08 17:24:51
Banyak perkara hebat yang boleh dilakukan ketika ada peluang. Tetapi ketika
kekusutan, tidak perlu menuding jari, sebab masalah tidak pernah selesai cara
ini. Salah satu pihak perlu menjadi matang dan mengawal keadaan. Dalam kes ini
anda perlu menasihati kawan anda supaya bersikap lebih matang daripada emak
kandungnya. Dia perlu membuat lebih daripada kebiasaan untuk melembut dan
mengambil hati emaknya. Nampaknya antara ibu dan anak ini belum betul
kenal-mengenal hatibudi masing-masing. Tidakkah "Syurga di bawah tapak kaki
ibu"
Ibu tertarik   |203.82.91.xxx |2009-01-22 20:46:06
Cikgu Ana, siapa Dr Robert Damsey tu?
Only registered users can write comments!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Monday, 04 May 2009 21:29 )