Home Aktiviti Tadika Orange

Tweet

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday34
mod_vvisit_counterYesterday0
mod_vvisit_counterThis week34
mod_vvisit_counterLast week0
mod_vvisit_counterThis month34
mod_vvisit_counterLast month0
mod_vvisit_counterAll days6983345

We have: 34 guests online
Your IP: 54.81.195.240
 , 
Today: Nov 20, 2017
 

facebook

Aktiviti Tadika Orange
Macam-macam Hari Pertama Persekolahan
Program Tahunan
Written by Admin   
Wednesday, 06 January 2010 21:05

4 Januari 2009

Nampaknya jumlah pelajar tahun 1 di  Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kemuning II  meningkat dengan amat mengejutkan. Tahun ini ada 6 kelas tahun 1, di mana setiap kelas memuatkan dalam 38 ke 40 orang pelajar. Jumlah semua pelajar baru di sekolah kebangsaan ini mungkin mencecah 230 orang. Tahun ini juga sekolah rendah dan menengah telah mengejutkan para ibubapa lain dengan mengadakan dua sesi persekolahan. Jumlah kereta ibubapa tahun ini telah meningkat sehingga melimpah ke jalan-jalan di hadapan perumahan ketika menghantar dan menunggu anak-anak keluar dari pagar sekolah.

Di Tadika Orange pula seperti tahun-tahun yang lepas terdapat pelbagai gelagat. Ada yang menangis, dan ada yang terus menjadi 'hero'. Peningkatan pelajar di sekolah kebangsaan telah memberi kesan langsung kepada pertambahan pelajar transit. Ini menyebabkan semua pelajar transit ditempatkan di Taska Lemon yang sekarang telah ditukar kepada Pusat Jagaan Markisa. 

Last Updated ( Tuesday, 19 January 2010 21:22 )
Gambar-gambar hari pertama...
 
Kompilasi Video Konvokesyen Tadika Orange 2009
Program Tahunan
Written by Admin   
Sunday, 06 December 2009 01:47

Video-video persembahan hari Konvokesyen Tadika Orange 2009 telah berada di server. Sila klik di sini untuk menonton semua video konvokesyen 2009.

 

Last Updated ( Sunday, 06 December 2009 02:00 )
 
Video Konvokesyen 2009
Program Tahunan
Written by Abie   
Wednesday, 25 November 2009 14:37

Video Konvokesyen 2009. Oleh kerana saiz terlalu besar, on-line view mungkin terlalu lambat. Sila right-click dan save-as ke komputer anda sebelum play. 

  1. Video-video hari Konvokesyen (Klik, kemudian Right-click dan save-as ke komputer anda)

 Upload ke Youtube.com setakat ini masih tidak berjaya.

Last Updated ( Friday, 19 August 2011 16:27 )
 
Gambar-gambar Konvokesyen 2009
Program Tahunan
Written by Abie   
Monday, 23 November 2009 02:07

22 November 2009 : Majlis Konvokesyen Tadika Orange ke-7 tahun 2009 telah berlangsung dengan meriah dan gemilang. Rata-rata ibubapa meluahkan rasa bangga dan teruja dengan persembahan anak-anak Tadika Orange. Program adalah usaha guru-guru Tadika Orange dan kali ini di arahkan oleh Cikgu Nadzirah Noran. Cikgu-cikgu dari Taska-taska Lemon, Puan Norasikin, Cik Amira dan Cik Alia turut turun membantu menjayakan majlis. Terima kasih juga kepada Ustaz Isa yang sudi membacakan doa.

 

Tahun ini  pihak tadika bertuah kerana berjaya mengundang En. Kamarudzaman Sanusi dan isteri, Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Majlis Bandaraya Shah Alam. Terima kasih dan tahniah. Video akan di muatkan ke Youtube.com sebelum raya Haji, InsyaAllah. 

 

 Sila klik link ini untuk video.

Last Updated ( Saturday, 12 December 2009 00:45 )
Gambar-gambar lain...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 10 of 15