Buletin Mac 2004

  1. Dari Meja Penyelia.
  2. 50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik
  3. Vitamin dan Mineral
  4. Renungan.
  5. 10 UNIQUE CHARACTERISTICS OF MUSLIM PERSONALITY
  6. Seloka Guru
  7. Kalendar Mac.

Dari Meja Pengetua                    

Assalamualaikum warahmatullah .  Saya ingin  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru (Awal Muharam) . Sama-samalah kita dan keluarga menanam tekad dan azam baru untuk dicapai sepanjang tahun ini. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik berbanding tahun yang lepas.

 Tadika Orange sentiasa berusaha memberikan komitmen penuh untuk menyampaikan yang terbaik untuk para pelajar. Sehubungan dengan itu kami telah mewujudkan ‘Complaint Form’ supaya setiap cadangan dan kritikan ibubapa/penjaga akan mendapat perhatian yang serius dari pihak pengurusan.

 Untuk mengekalkan peratusan kualiti pelajar yang tinggi, kelas pelajar 6 tahun telah dibahagikan kepada dua mengikut prestasi dan matapelajaran teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Al-Quran, Jawi, dan Matematik). Saya berharap ibubapa akan memberikan kerjasama kepada guru baru, Teacher Khairul Nisa yang akan mengkhusus subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

 Akhir kata saya berharap agar ibu bapa dapat sama-sama bergabung usaha dalam melaksanakan impian murni agar anak-anak kita cemerlang di dunia mahupun di akhirat .

 Sekian , wallahualam .

<atas>


50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik

(Artikel asal oleh Thomas Amstrong, Phd. Diterbitkan oleh majalah Family Circle, February 2, 1993, www.ThomasArmstrong.com . Terjemahan dan olahan oleh S.Anuar).

...bersambung dari keluaran lepas...

28. Elakkan merasuah anak anda untuk belajar. Berbuat demikian akan memberi mesej bahawa pembelajaran itu bukan sesuatu yang memberi kepuasan sendiri.

29. Cadangkan anak anda untuk menyertai perkumpulan yang memfokus pada bakat semulajadinya.

30. Bincangkan berita-berita semasa untuk mencetus minatnya.

31. Jangan terlalu tonjolkan perbezaan peranan umum dari segi jantina. Dedahkan anak anda dengan kedua-dua mainan dan aktiviti untuk lelaki dan perempuan.

32. Elakkan membanding anak anda dengan orang lain. Bantu anak anda membandingkan dirinya dengan pencapaian lampaunya sendiri.

33. Jadilah ibu atau bapa yang anak anda boleh bergantung, meluah perasaan dan berbincang.

34. Gunakan acara dan institusi komuniti untuk menghidupkan minatnya. Selalulah membuat lawatan ke perpustakaan, muzium, pameran dan sebagainya.

35. Berikan hadiah yang boleh menyuburkan kekuatan bakat anak anda.

     ….bersambung pada keluaran bulan hadapan…

 <atas>


 Vitamin dan Mineral

Vitamin dan mineral sangat penting kepada fungsi badan dan mesti diperolehi  daripada pemakanan. Sesetengahnya hanya diperlukan dalam jumlah yang sedikit  sahaja, tetapi ada yang diperlukan badan dalam sukatan yang tetap setiap hari .

Cara termudah bagi mempastikan pemakanan  anda dan anak anda seimbang dan menyihatkan  ialah dengan memakan makanan yang membekalkan serba sedikit khasiat daripada  kesemua kumpulan makanan utama . Makanan utama seperti ikan dan daging yang dipanggang atau dibakar dengan kentang, salad atau sayuran lain menyediakan karbohidrat, protein dan lemak serta rangkaian vitamin dan mineral yang mencukupi.

 <atas>


Renungan.

Kejadian Hujan

Allah yang Mengirim angin, lalu angin itu menghalau awan sehingga terbentang di atas langit  sebagaimana yang Dia kehendaki dan dijadikannya awan itu  berkelompok-kelompok , kemudian engkau lihat air hujan keluar dari celah-celahnya . Maka apabila air itu menimpa sesiapa yang dikehendakinya di antara hambanya, tiba-tiba mereka itu bergembira.                                                                                                                                                       (Ar-Rum:48 )

   <atas>


 10 UNIQUE CHARACTERISTICS OF MUSLIM PERSONALITY

* Peace and harmony in Islamic faith.

* Undoubtedly true in worship.     

* Lauded in Islamic moral values.

* Intellectual and well educated.

* Having fit and well-built physical body.

* Systematic and proficient in management         

* Time concerned person in ordinary pursuits.

* Stand by his own feet      

* High degree of endeavor towards himself.

*  Constructive to other mankind.

                                                         Fikr Al-Madani :52

<atas>


SELOKA GURU

 Di sini ada satu cerita,

Tempat ajaib belajar membaca,

Kota Kemuning tempat letaknya,

Tadika Orange diberi nama.

Bermotif ceria suasana membina,

Pintar Soleh matlamat semua,

Berpuluh murid enam gurunya,

Bermacam ragam menguji minda.

 Cikgu Suhail

Pagi mengajar petang mengelat,

Melayan karenah tak kenal penat,

Malam hari pening-pening lalat,

 

Tersenyum manis berwajah ceria,

Dengan Cikgu Su penolong setia,

Mengarang buletin tak putus asa.

 

Itulah Cikgu Hani empunya jenaka,

Menjaga Taska sepenuh masa,

Sungguh pemalu susah nak cerita.

  Kerjanya cuma separuh hari,

Tetapi masakan menjilat jari,

Menyediakan hidangan petang dan pagi,

Tentulah Kak Ros siapa lagi?

 Dari utara Cikgu Maimoon ke mari,

Dengan ilmu penuh di hati,

Diamnya berfikir jauh sekali,

Mungkin terkenang kekasih sejati.

Serata ceruk telah ku cari,

Guru Inggeris tiada terperi,

Rupanya di Bukit Rimau dia sembunyi,

Teacher Nisa akhirnya menawar diri.

Tamatlah sudah seloka guru,

Semoga terhibur pengubat sendu,

Bulan hadapan harapnya tak kelu,

Untuk disambung  Seloka Anak-anakku.

 <atas>


March Calendar

Amir Afiq                 07

Nur Rossuhaira       11

Izzatul Humairah     11   

Natasya Amira       17

Ahmad Ikmal Akif   22   

Nur Hanie Afiqah    24

School Holiday     13 – 21     (for Tadika only, Taska & Mengaji will continue as usual)

<atas>