Bulletin Februari Bil :2/02-03

  1. Dari Meja Penyelia.
  2. 50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik.
  3. IT
  4. Renungan.
  5. Makanan dan Kesihatan.
  6. Kalendar Februari.
  7. Mewarna.

Dari Meja Penyelia.

Assalamualaikum. Sebulan telah berlalu. Kini pelajar-pelajar telah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru sekolah, kawan-kawan dan guru-guru. Penyesuaian ini adalah sebahagian dari proses perkembangan kepintaran dalaman dan kepintaran sosial yang akan terus berkembang sepanjang hidup mereka.

Di Tadika Orange, pelajar-pelajar didedahkan kepada aktiviti-aktiviti untuk mengembangkan kesemua cabang kepintaran. Ini penting supaya mereka cemerlang dalam semua bidang iaitu akademik,  pekerjaan, masyarakat, keluarga, diri, agama, fizikal dan kebajikan

Penglibatan ibubapa adalah amat penting untuk tujuan ini dengan menanamkan rasa cinta dan ceria anak-anak terhadap pendidikan. Luangkan masa bersama anak-anak setiap hari untuk ia bercerita tentang aktiviti yang berlaku di kelas. Fikirkan bersama persoalan yang ditimbulkan anak-anak. Tunjukkan anda bangga terhadapnya jika dia mencapai sesuatu kejayaan biarpun kecil.

Akhir kata, kemajuan anak-anak adalah tanggungjawab bersama. Marilah kita jadikan proses perkembangan mereka sesuatu yang menyeronokkan.

Semoga Berjaya. Wassalam.

<atas>


50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik.

(Artikel asal oleh Thomas Amstrong, Phd. Diterbitkan oleh majalah Family Circle, February 2, 1993. Terjemahan dan olahan oleh S.Anuar) …bersambung dari keluaran lepas

3- Beri peluang kepada anak anda untuk membuat kesilapan. Jika ia dipaksa melakukan sesuatu tanpa kesilapan, ia akan membesar tanpa berani mengambil risiko yang sepatutnya untuk mencari dan mengembangkan keistimewaannya.

4- Kemukakan pertanyaan. Bantu anak anda menjelajah keajaiban alam ini dengan bertanya kepadanya soalan-soalan yang merangsangkan pemikiran. Contohnya; Kenapa langit berwarna biru? Cari jawapannya bersama-sama anak anda.

5- Rancangkan satu projek kreatif khas yang melibatkan semua ahli keluarga. Perkongsian kreativiti boleh membangkit dan mengembangkan bakat baru.

6- Jangan memberi tekanan kepada anak anda untuk belajar. Jika anak-anak dihantar untuk pelajaran khas setiap hari dengan harapan untuk mengembangkan keistimewaannya, mereka mungkin akan menjadi terlalu tertekan dan letih untuk menyerlah. Beri galakan tetapi jangan memberi tekanan.

...bersambung di keluaran hadapan...

<atas>


IT

What is IT?

IT stands for ‘Information Technology’ or ‘Teknologi Maklumat’.

What is the purpose of IT?

IT is used to process and handle huge amount of  information or data in a very fast and accurate manner.

Why is it important to learn IT?

It is extremely important to stay competitive with the whole world and to upgrade living standard.

How  IT literate people become more competitive?

They become more competive because they have access to and can process more and faster  information compared to the non-IT-literate people.

Note: Experts say that there will be a digital divide in few years, which will affect everybody. One side of the divide will be of the IT literate people and the other side will be the non-IT-literates. The way these two groups live their lives will be obviously different. To illustrate; the non-IT-literates take days to send and receive mails while the IT-literates take seconds. The non-IT-literates spend hours outside their homes doing banking and paying bills while the IT-literates spend minutes from the comfort of their own home...continue...

<atas>


Renungan.

Dan jika tidak kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihnya kepada kamu, tentulah kamu (terpesong) menurut syaitan kecuali sedikit saja (iaitu mereka yang teguh imannya).

-An Nisa’  83-

And if it is not because of the blessings and love from Allah swt  you will surely go astray except for those who are firmed in their faith(iman).

                                               -An Nisa’ 83-

<atas>


Makanan dan Kesihatan.

Vitamin C

Kegunaan: Membantu kesihatan gigi dan gusi, penyerapan zat besi, mengekalkan tisu badan yang normal, menyembuhkan luka dan sebagai anti-oksidan.

Sumber    : Buah-buahan sitrus (oren, lemon, dsb.), strawberi, tomato, sayur kailan dan bunga kobis.

Pil tambahan: 250-500 miligram sehari untuk perokok dan mereka yang tidak mengambil buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Dos yang berlebihan mungkin menyebabkan cirit-birit.

<atas>


Kalendar Februari

1 Feb ‘03 – Tahun Baru Cina

2 Feb ‘03 – Tahun Baru Cina

3 Feb ’03 – Cuti Tambahan.

4 Feb’03 – Cuti Sekolah tamat.

12-13 Feb ‘03– Hari Raya Haji.

14 Feb ’03 – Cuti Tambahan Tadika.

<atas>


Mewarna

<atas>