|
Tadika Orange
|
BULETIN MEI/JUN Kreatif, Dinamik, Islamik |
|||||
|
Bil :6/05-06 |
30 JUN 2005 |
Tel: 03-51228952 E-Mel: orange@orangekid.biz |
Edaran Dalaman Sahaja |
|||
|
PERHATIAN!!!!!!! NO. TELEFON PUAN WAN SUHAILA WAN SALLEH 019 – 3544672
AWAS!!!!!!!!!! Jangan
terlepas untuk menjadi pemenang CABUTAN BERTUAH sempena sambutan HARI SUKAN
TADIKA ORANGE IAITU PADA 7
Ogos 2005 / Ahad ***DATANGLAH
BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKANNYA***
PETUA
MERAWAT ANAK DEMAM 1.Ambil
suhu badan anak. Slps 20 mnt. Ambil suhu sekali lagi.catatkan. 2. Biarkan anak berbaring atas katil tanpa
pakaian, berikan selimut nipis. 3. Basahkan kain dgn air suam dan lapkan.lakukan
hingga suhu badan menurun. 4.Tukar cadar anak sekerap yg mungkin.Tuala lembab
letakkan di dahi.Berikan minum banyak air. ****BERSAMBUNG**** |
From
Editor’s Desk
O n the 23rd of June 2005, Tadika Orange held a trip to Petrosains, KLCC. Led by Cikgu Azimah, Tadika Orange students were joined by SKBK2 primaries and another 5 teachers. The group, wearing a cute orange theme, was really a crowd puller when tourists were taking turns snapping pictures every time they appear in public places. This was ultimately an exciting experience for the students until everybody even forgot their lunch time. It was not until quarter to four that somebody finally remembered. "This trip is a success..." said Cikgu Suhaila tapping on the project manager's shoulder, grinning. "They might not understand every single thing, but most important is the exposure, vision and possibilities that this experience have put into their young minds." she added. |
|||||
|
SOLAT
BERJEMAAH MENAMPAKKAN SYIAR ISLAM Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Solat
berjemaah seorang lelaki lebih baik baginya daripada solat bersendirian
di rumahnya, dan keutamaannya sebanyak 20 kali ganda lebih.Sesungguhnya
seseorang yang berwuduk dengan bagus, lalu pergi ke masjid dengan maksud
hanya untuk mengerjakan solat, Allah akan mengangkat pada setiap kali
langkahnya itu satu darjat dan digugurkan pula satu kesalahannya sampai dia
memasuki masjid. Setelah memasuki masjid, dia tercatat dalam solat selagi dia tetap
menunggunya dan semua malaikat mendoakannya selama dia tetap di tempat
solatnya. Malaikat berdoa, “ wahai Allah, sayangilah dia, ampunilah dia,
terimalah taubatnya selagi dia tidak diganggu dan tidak berhadas.” ( Riwayat
Muslim ). Hadis diatas adalah salah satu daripada beberapa hadis yang
menerangkan perihal kelebihan mereka yang melaksanakan solat berjemaah
dan perkara yang berkaitan dengan solat tersebut. (…………bersambung di keluaran bulan depan…………) Sumber
: Utusan Malaysia 20 Mei 2005 |
BIRTHDAY GIRL Allah selamatkan
kamu… Allah selamatkan
kamu… Allah selamatkan Adik
Shahirah & Adik Aiman Zafri……. Allah selamatkan
kamu…… Kita makannnn
duluuuuu!!!! Hari
Lahir Adik Shahirah & walaupun jatuh pada !9 jun tapi Adik Shahirah meraikannya pada 20 Jun
2005. Adik Aiman pula meraikannya hari lahirnya yang jatuh pada 30 Jun.
Masing2 membawa sebiji kek dan “ole-ole” untuk rakan2. SEMOGA PANJANG UMUR
DAN BAHAGIA BERSAMA KELUARGA. Terima Kasih Daun Keladi…….. |
|||||
|
|
||||||
|
“Happy
Birthday to uuuu….”
Wan Muhd.
Syafiq 8 Jun 1993 Nur Aqilah 10 Jun 1999 Nur
Shahindah 16 Jun 1997 Mohd. Fikri
Sobri 16 Jun 1994 Nur Syahirah 19 Jun 1999 Muhammad
Hariz 25 Jun 1997 Aiman Zafri 30 Jun 2000 |
||||||
|
AWAS!!!!!! JIKA ANAK SUKA BERANGAN KANAK-KANAK gemar berimiginasi. Malah ada waktunya
dia juga suka berangan-angan. Kadangkala dia membayangkan dirinya seorang
polis. Pada masa yang lain pula dia berkhayal menjadi superman yang
begitu kebal melawan musuh. Seimbas pandang, agak sukar mengesan perbezaan
antara imiginasi dan angan-angan. Lantaran itu, ramai mengambil jalan mudah
dengan melihat imiginasi sebagai angan-angan dan meletakkan angan-angan
sebagai imiginasi. Angan-angan tidak banyak menyumbang faedah kepada
kanak-kanak. Lazimnya kanak-kanak mengetahui apa yang diingini walaupun pada
masa yang sama menyedari bahawa keinginan tersebut berada di luar jangkauan. KEKURANGAN, DORONG ANAK BERANGAN Meskipun tampak kurang berfaedah, angan-angan juga
berkebolehan mengurangkan tekanan atau kesedihan yang dihadapi oleh
kanak-kanak. “Angan-angan mahupun imiginasi boleh mempengaruhi tingkah laku
kanak-kanak. Ini kerana tingkah laku lahir daripada apa yang ingin dia
lakukan,” ulas Professor Suradi Salim, Pensyarah di Jabatan Pendidikan
Psikologi dan Kaunseling, UM. Umumnya kanak-kanak berpotensi menjadi pasif
akibat kerap melayan angan-angan. Natijahnya dia bakal hidup dalam dunia
tidak nyata. Selain itu, Profesor Suradi turut menegaskan bahawa berangan
juga boleh membantutkan perkembangan IQ kanak-kanak. Berimiginasi jauh
lebih baik berbanding berangan.Imiginasi mampu melahirkan kanak-kanak yang
kreatif, terutamanya dengan bimbingan kedua ibubapa………. ………………………. BERSAMBUNG KELUARAN AKAN DATANG…………………………. SUMBER : MAJALAH KELUARGA /
PSIKOLOGI |
||||||
|
“Indahnya Pahala Menahan Amarah”
(HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi) |
||||||
|
Bil :6/05-06 |
30 JUN 2005 |
Tel: 03-51228952 E-Mel: orange@orangekid.biz |
Edaran Dalaman Sahaja |
|||
|
RENTETAN
LAWATAN KE PETROSAINS ( KLCC ) – 23 JUN 05 ( KHAMIS) 23 Jun 05 / Khamis seawal jam 0700 pagi
lagi perkarangan Taska Orange mula dibanjiri pelajar- pelajar yang menyertai
lawatan ke Petrosains KLCC, Lawatan dibawah kelolaan Cikgu Zimah dan dibantu
oleh cikgu-cikgu tadika yang lain amat mendapat sambutan daripada seluruh
warga Tadika Orange. Disaat-saat terakhir pun masih ada permintaan untuk
menyertai lawatan ini. Lawatan ini diiringi 6 orang guru dan pelajar seramai
41 orang. Pada awal perancangan, selepas ke
Petrosains, pihak kami akan membawa pelajar ke kolam mandi kanak-kanak di Wet
Park KLCC, Namun masa amat mencemburui kegembiraan anak-anak ini, jam 0230
petang baru semua pelajar selesai menamatkan sesi pengembaraan di Petrosains.
Masa tidak mengizinkan untuk ke aktiviti yang seterusnya kerana kami telah
kesuntukan masa untuk makan tengahari dan masa untuk bertolak pulang pun
hampir tiba. Ramai juga anak-anak ini menunjukkan “wajah-wajah kehampaan”
kerana tidak dapat bermandi-manda seperti yang mereka bayangkan. Ramai yang membawa persiapan mandi, tetapi
hampa kerana impian tidak kesampaian, tetapi kami berharap mereka ini berpuas
hati sepanjang perjalanan dan pengembaraan di Petrosains. Pelbagai karenah anak-anak Tadika Orange
ketika di KLCC, Zulkhairi misalnya menangis ketika memasuki tempat gelap,
yang disangkanya “rumah hantu”. Ramai pelajar yang hilang songkok ketika
bermain dalam timbunan bola-bola. Terpaksalah cikgu-cikgu pula yang bersama-sama
terjun mencarikan songkok yang hilang. Waktu balik ramai yang tertidur dalam
bas, keletihan yang amat sangat barangkali. Tapi anak-anak ini SPORTING HABIS
bila ada Pelancong yang datang kepada mereka dan merakam gambar kenangan
bersama mereka. Siap “peace” lagi. Diharapkan lawatan ke Petrosains itu akan
memberikan mereka sebuah pengalaman baru dan menambahkan pengalaman yang
sedia ada bagi yang pernah melaluinya sebelum ini. Agar kehidupan yang bakal
mereka lalui nanti telah terbayang di fikiran mereka akan kesannya sekiranya
khazanah alam tidak dijaga dan dihargai sepenuhnya. |
1.Khusyuknya pelajar2 ni, memasukkan bola ke dalam semua gegelung. Heii tak ingat nak balik ke?? 2. Sporting habis!!! .duduk depan tuuu, pelajar-pelajar tadika Orange di sesi mendengar penerangan
mengenai penggunaan / kesan nitrogen dalam alam sekitar. |
MAJLIS ANUGERAH
PELAJAR CEMERLANG MIDTERM TERTUTUP TADIKA ORANGE Pada 22 Jun
2005 yang lalu,sekitar jam 1030 pagi telah diadakan satu majlis Anugerah
Pelajar Cemerlang Midterm Tertutup Tadika Orange. Majlis tersebut bertujuan
untuk menghargai usaha pelajar-pelajar Tadika Orange yang berjaya dalam
Midterm lepas dan sebagai menaikkan semangat pelajar ini dan yang lainnya
untuk terus berusaha di masa akan datang. Majlis tersebut
dianjurkan sendiri oleh guru-guru Tadika orange dengan kerjasama pihak
pengurusan. Dimajlis ini,
hadiah diberikan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bagi semua
mata pelajaran, markah 100% bagi setiap mata pelajaran dan pelajar yang
memegang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kelas. KEPADA YANG
MENDAPAT BANYAK HADIAH , “TAHNIAH” DIUCAPKAN, DAN YANG TIDAK BAWA BALIK
SEBARANG HADIAH, “CUBA LAGI” UNTUK FINAL YANG AKAN MENJELMA NANTI.
BESAR
NANTI NAK JADI APA??? KENAPA???? 1. Nur Aqilah – Guru, Suka nak ajar orang….. 2. Daniel Hafiz – Ahli Sains, suka buat eksperimen.. 3. Alif Naim – Doktor,
Nak ubati orang sakit… 4. Logman – Askar, Boleh selamatkan
orang… 5. Ayu Nazira – Doktor, rawat mak bila mak sakit.. 6. Diyanah – Guru, Boleh marah orang.. 7. Farah Natasha – Ahli Sains, Mak
suruh, tp suka.. 8. Mujahid – Polis, Ada pistol
sendiri.. 9. Ammar Haikal- Juruterbang, Suka
naik kapal terbang. 10. Haiman – Cheff,
Selalu tolong ayah masak 11. Sabrina Zuleikha-
Doktor Gigi, selalu dapat colgate & berus gigi free. 12. M.Ikmal
Izzudin – Teknisyen, Nak kerja
macam ayah. |
||||
|
Dari kolum sebelah… RENTETAN LAWATAN PETROSAINS (KLCC ) JOMMMMM
JALAN-JALAN CARI MAKANNNNN…. 1.
Seawal jam 0700am, pelajar telah mula
membanjiri laman Taska Orange. 2.
Ramai ibubapa datang untuk menghantar
anak-anak mengikuti rombongan. 3.
kebanyakan pelajar dibenarkan untuk
menyertai aktiviti mandi-manda, dan ada diantaranya membawa peralatan menyelam
selengkapnya. 4.
Tepat jam 0900am, bas bertolak ke KLCC
dengan menempatkan 4 orang guru dan 39 orang pelajar. 5.
Kegembiraan terpancar di wajah mereka untuk
meneruskan perjalanan pagi itu. 6.
Sampai di KLCC agak lewat dari masa yang
ditetapkan kerana jalan terlalu sesak. 7.
1030am bergerak memasuki “FUN ZONE”.
Disinilah mereka didedahkan dengan kemahiran dan pemikiran kreatif. banyak
aktiviti yang memerlukan mereka memikirkan secara kreatif untuk menjawab
soalan-soalan. 8.
Aktiviti lain seperti menaiki Helikopter
untuk ke Pelantar minyak di Terengganu, menjelajah ke alam dinosour dan sebagainya yang tidak
terfikirkan oleh kita untuk melihat keindahan alam yang tersembunyi. 9.
Jam 0230pm, baru selesai pengembaraan di
Petrosains. Ramaipelajar mula berasa lapar dan semua dibawa keluar dari KLCC
sementara menunggu bas dan mencari tempat untuk “LUNCH” ***GAMBAR-GAMBAR
PETROSAINS DIBUKA UNTUK JUALAN : SEKEPING RM1.00 SAHAJA*** |
||||||
|
SEMPENA MENYAMBUT HARI IBU 8 MEI 2005 SAMBUNGAN
LIRIK PILIHAN BULANAN “YOUR MOTHER” who should I take good care of, Giving all my love? Who should I think the most of- - after Allah and Rasul-Allah? Comes your mother, Who next ? your mother, Who next ? Your mother, And then your father Cause who used to hear you Before you could talk ? Who used to hold you Before you could walk ? And when tou fell, who’d pick you up ? Clean your cut ? No one but, your mother, My mother…….. To be continued….. |
** Cita-cita
atau impian masa hadapan adalah penting untuk kanak-kanak melihat dan
memikirkan sendiri bagaimana untuk merealisasikannya untuk mencapai impian
tersebut.** *Di Tadika
Orange misalnya guru-guru telah menyoal secara tidak formal kepada beberapa
orang pelajar berkaitan cita-cita apabila besar nanti & Kenapa memilihnya
?. Walaupun cita-cita tersebut hanya realiti yang belum pasti tapi
sekurang-kurangnya mereka nampak arah mana yang ingin mereka tujui bila dah
dewasa nanti, ada juga yang nak jadi penyanyi macam Siti Nurhaliza, nak jadi
penari, nak jadi Perdana Menteri dan sebagainya. Di atas merupakan sebahagian
cita-cita pelajar yang dapat dipaparkan untuk bulan ini. ********BERSAMBUNG******** |
|||||