Tadika Orange

BULETIN JAN/FEB

Kreatif, Dinamik, Islamik

Bil :1/01-05

 15  Februari 2005

Tel: 03-51228952      E-Mel: orange@orangekid.biz

Edaran Dalaman Sahaja

 

Selamat menyambut Awal Muharam

 

1426 Hijrah

From the Management

It has been almost 2 months since the first day of school. Most students have passed the ‘crying for mama’ episode. Thanks to McDonalds and Inbisco for sponsoring the first day, and to all parents for being very supportive and caring. Since then, Tadika Orange has made few enhancements to ensure each student receive the quality education they deserve.

     First, we would welcome any questions and complaints through Puan Suhaila new mobile number (019-3544672). Please feel free to call her at any time.

     In order to get more parent involvements, reports on student progress and development shall be prepared every month by their respective teachers. Please ask for your child’s first report by end of this month.

     We targeted ZERO incidents for this whole year. Parents are welcome to join the hazard and non-hygiene hunt. Whenever you have free time, please ask for the ‘Hazard and Non-Hygiene Form’; to be filled-in during your tour of the premise.

     Finally, congratulation to all teachers who have completed the Core Competency Training. We shall keep this up to continuously enhance our quality of education. Happy new Hijri year and remember: ‘Children are as parent does’.

 

 

BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR

Pembelajaran bagi kanak-kanak sebenarnya bermula dari kandungan lagi dan semakin ketara apabila dilahirkan dan meningkat usia. Dalam peringkat pembesaran ini, mereka kerap kali bertanya, suka mendengar cerita dan gemar bercerita iaitu cerita dari khayalan mereka sendiri. Ibu bapa yang tidak mengambil berat atau tidak melayan perbualan anak mereka, besar kemungkinan akan membunuh minat anak-anak untuk belajar.

 

Persoalannya sekarang, patutkah kanak-kanak kecil diajar membaca?

Bersama kita huraikan jawapannya di keluaran akan datang……

 

Sumber  :  Pendidikan anak-anak-jalinan keluarga___________________.

Permainan pasif

 

Membaca merupakan satu kegiatan yang sihat. Ia dapat menambah ilmu dan pengetahuan anak . Mendengar radio juga dapat mempengaruhi anak, baik secara positif  dan negatif. Pengaruh positif ialah anak akan bertambah ilmu manakala pengaruh negatif ialah apabila anak meniru hal yang tidak sepatutnya. Begitu juga pengaruh TV. Apa yang pasti, anak akan berkembang dengan sihat dan menjadi anak yang bijak, itulah harapan kita sebagai ibu bapa.

 

Sumber : Mingguan Wanita ( Bil: 1013 )

PERHATIAN

Ibubapa, penjaga

dan pelajar digalakkan  menyumbang bahan  untuk disiarkan didalam buletin ini. Terima kasih.

 

 

 

Selamat hari lahir...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

MENGENAL PASTI GEJALA DEMAM DENGGI

 

Demam Denggi adalah sejenis penyakit yang berat tetapi jarang sekali menyebabkan kematian. 2 jenis denggi yang paling berat ialah Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

 

Bagaimana ia menular?

Virus-virus Denggi dipindahkan ke manusia melalui gigitan nyamuk Aedes betina yang dijangkiti. Nyamuk umumnya memperoleh virus tersebut semasa memakan darah orang yang dijangkiti. Sebaik sahaja dijangkiti, nyamuk tersebut berupaya memindahkan virus tersebut ke individu yang mudah dijangkiti, untuk seumur hidup. Virus tersebut mengalir di dalam darah manusia yang dijangkiti untuk 3-14 hari (purata 4-6 hari). Orang tersebut mungkin akan mengalami demam secara tiba-tiba diikuti dengan berbagai tanda dan gejala yang tidak khusus.     

 

Tanda dan gejala demam denggi berbeza mengikut usia pesakit :

 

Bayi dan kanak-kanak kecil

Bayi dan kanak-kanak kecil mungkin mendapat demam dan ruam.

 

( Bersambung ke muka sebelah )

PESAN BESTARI

“ Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful. “

 

  - Albert Schweitzer-

Bil :1/01-05

15 Februari 2005

Tel: 03-51228952              E-Mel: orange@orangekid.biz

Edaran Dalaman Sahaja

MENGENAL PASTI GEJALA DEMAM DENGGI

(Bersambung dari muka depan)

 

Kanak-kanak yang lebih dewasa dan orang dewasa

Kanak-kanak dewasa dan orang dewasa mungkin mengalami demam sederhana atau demam tinggi yang tiba-tiba, merasa terlalu pening, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi serta ruam.

 

Membezakan Demam Hemoragik Denggi dan Sindrom Kejutan Denggi

Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS) ditunjukkan oleh demam yang tiba-tiba, setinggi 40-41 1/2C, memakan masa selama 2-7 hari dengan berbagai tanda dan gejala tidak khusus. Semasa fasa serius denggi, adalah sukar untuk mengenal pasti DHF/DSS daripada demam denggi dan penyakit virus lain. Tahap kritikal DHF/DSS paling kerap berlaku 24 jam sebelum hingga 24 jam selepas suhu jatuh ke paras biasa atau lebih rendah.

 

Gejala-gejala DHF termasuk

·          Demam

·          Merasa terlalu pening

·          Sakit di belakang mata

·          Sakit sendi dan sengal tubuh

·          Loya dan muntah-muntah

·          Ruam kulit – biasanya muncul di antara hari penyakit ke-2 dan 6.

 

…bersambung dikeluaran hadapan…

Sumber : Akhbar Perdana (30 jan  2005)

 

Birdie (Dari McDonalds) meluangkan masa bersama pelajar-pelajar Tadika Orange pada hari pertama persekolahan.

 

Monolog : Insan Belajar Dari Kehidupan

 

Jika insan diajar dengan keangkuhan,

Dia belajar erti takbur..

Jika insan diasuh dengan kelemahan,

Dia belajar erti hina diri..

Jika insan diasuh dengan permusuhan,

Dia belajar erti membenci..

Jika insan diajar pentingkan diri,

Dia belajar erti mengkhianati..

Namun…

Jika insan diasuh dengan insani,

Dia belajar erti harga diri..

Jika insan diasuh dengan belas budi,

Dia belajar erti mengasihani..

Jika insan diasuh dengan kepayahan,

Dia belajar erti mensyukuri..

Jika insan diasuh bertimbangrasa,

Dia belajar erti bersabar..

Jika diasuh dengan menukil karya,

Dia belajar erti manfaat ilmu..

Jika insan diasuh dengan didikan taqwa,

Dia belajar erti hayati agama..

Jika insan diasuh dengan jiwa rakyat,

Dia belajar erti muafakat..

Jika insan diasuh pengalaman,

Dia belajar erti hakikat kehidupan….

Makanan dan

Kesihatan

 

Jus tomato halang arterosklerosis

 

Minum jus tomato setiap hari selama tiga minggu mampu mengelakkan penyumbatan salur darah bagi pesakit diabetes. Mereka yang cenderung untuk mendapat pengumpulan darah seperti perokok atau penumpang pesawat jarak jauh.

 

Timbunan platelet dalam darah akan menyebabkan penyumbatan kepada salur darah. Para pesakit diabetes mempunyai platelet yang lebih mudah melekat. Akibat pelekatan, para pesakit diabetes jenis A akan mudah mengalami arterosklerosis dan masalah pembuluh darah jantung.

 

Dikatakan P3 yang terdapat dalam tomato memiliki kemampuan sebagai bahan anti penyumbatan salur darah. P3 berupa cairan seperti jeli berwarna kuning yang terdapat di sekitar biji tomato.

 

Jus tomato menjadi pilihan terbaik bagi pesakit diabetes. Namun ia tidak boleh diambil terlalu banyak  kerana ia mengandungi gula. Selain itu jus tomato juga masam, jika diambil dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.

 

Sumber  :  Mingguan Wanita ( Bil: 1105 )

RENUNGAN

Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

 

Surah At-Takaathur, ayat 5

50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda Yang Terbaik.  (Sambungan dari keluaran lepas. Sila layari www.orangekid.biz)

43. Didik anak anda untuk yakin kepada pandangan dan kebolehan sendiri.

44. Berikan kuasa memilih kepada anak anda.

45. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana mengunakan buku-buku yang boleh mengembangkan minatnya.

46. Sediakan satu ruangan di rumah untuk mempamerkan anugerah dan kreativiti setiap ahli keluarga.   (… bersambung).

Kalendar Februari

 

8 –11 - Tahun Baru Cina

     10 - Awal Muharam

     28 - Pemeriksaan                               Kesihatan Gigi oleh    Dr. Khoo.

.